Pesan berpesan .. Agama itu nasihat..
Berazam jadi individu bermanfaat kepada insan lain dan masyarakat
Assalamualaikum..selamat pagi..good morning..bonjour ..hihi lama blog ni mendiam diri tanpa tuannya berkata-kata melalui jari jemari yang semakin dimamah usia ni..
Apa agaknya azam kedua dua anak mama untuk tahun 2017? begitulah anak muda yang selalui dilekakan dengan pelbagai bagai kerenah kehidupan.. pagi ni mama kejutkan untuk solat subuh... hmmm penat juga dah mengejutkan saban hari. pekerjaan mengejutkan atau mengingatkan antara satu sama lain adalah dituntut..ni baru belasan tahun ..nanti berubah kepada dua puluhan.tiga puluhan begitulah sehingga usia anak anak mama ni mencapai tahap usia mama sekarang. Pesanan seorang ibu untuk anak-anak mengerjakan solat ini tidak pernah berakhir walaupun telah berumahtangga nanti ...ingatlah selalu pesanan ini ..janganlah diambil remeh urusan kita dengan Yang Maha Esa... cuba hadamkan maksud surah AlFatihah ..usaha sehingga bila kita membaca surah itu bersama maksudnya .. betapa hubungan denganNYA SANGAT ERAT ..mohon la jalan yang lurus ..
catatan untuk anakanda
alhmdulillah untuk rezki hari ini... pelajari ilmu perniagaan sedari usia muda..biar sedikit dulu ...belajar melaluinya dengan baik ... tiada yang mudah ..senyum syukur belajar ..terus positif melalui kehidupan.. cipta hari yang indah ..jangan biarkan setiap detik berlalu tanpa memberi faedah kepada diri...sangat rugi... see you in my next post...i lov you
↓amatlah rugi jika kita malas membaca..
Berazam jadi individu bermanfaat kepada insan lain dan masyarakat
1 Januari 2017
SEBENARNYA membina kekuatan dalaman bermula daripada keyakinan untuk mengubah diri dengan menggerakkan akal budi dan daya ke arah yang lebih baik. Dari setahun ke setahun dirasakan pantasnya masa untuk dikira. Tidak ada maknanya perubahan tahun demi tahun sedangkan keupayaan diri kita masih statik, yakni kekal di takuk lama. Mempunyai azam dan cita-cita adalah suatu perkara yang mesti ada pada diri seseorang kerana peranannya memberi motivasi dan pendorong seseorang kepada ke arah yang lebih baik. Pelajar misalnya, tentu bercita-cita mahu mencatat kecemerlangan dalam peperiksaan, guru berazam mendidik anak murid dengan terbaik, pekerja berazam meningkatkan usaha dan produktiviti kerja mereka, petani pula mahu meningkatkan hasil jualan manakala pemimpin pula berazam melaksanakan transformasi secara berkesan demi kepentingan negara dan kebahagiaan rakyat.

No comments:
Post a Comment