Monday, January 2, 2017

Berhijrah di Jalan Allah termasuk kunci rezki


Assalamualaikum,

Di antara dalil yang menunjukkan bahawa berhijrah
di jalan Allah termasuk kunci rezeki adalah firman Allah:

“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka
mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas
dan rezeki yang banyak. ” (An-Nisa 100).

Dalam ayat yang mulia ini, Allah menjanjikan bahawa
orang yang berhijrah di jalan Allah akan mendapati
dua keuntungan, yakni pertama, bumi yang baik dan
kedua, rezeki yang banyak.

Yang dimaksudkan dengan “tempat hijrah yang luas "
sebagaimana dikatakan oleh Imam Ar-Razi adalah,
barangsiapa berhijrah di jalan Allah ke negeri lain,
nescaya akan mendapati di negerinya yang baru itu
kebaikan dan kenikmatan yang menjadi sebab kehinaan
dan kekecewaan para musuhnya yang berada di negeri
asalnya. Sebab orang yang memisahkan diri dan pergi
ke negeri asing, sehingga mendapatkan ketenteraman
di sana, lalu berita itu sampai kepada negeri asalnya,
nescaya penduduk asli negeri itu akan malu atas buruknya
muamalah (perlakuan) yang mereka berikan, sehingga
dengan demikian mereka merasa hina.

Sedang yang dimaksudkan, “rezeki yang banyak" (luas),
iaitu keluasan rezeki. Inilah yang dikatakan oleh
Abdullah bin Abbas dalam menafsirkan ayat ini.
 Juga dikatakan oleh Ar-Rabi', Adh Dhakkak, Atha'
dan majoriti ulama.

Qatadah berkata: “Maknanya, keluasan dari kesesatan
kepada petunjuk dan dari kemiskinan kepada
banyaknya kekayaan.”

Imam Malik berkata:
“Keluasan yang dimaksud adalah keluasan negeri.“

Imam Al-Qurthubi berkata: “Pendapat Imam Malik
lebih dekat pada kefasihan ungkapan bahasa Arab.
Sebab keluasan negeri dan banyaknya bangunan
menunjukkan keluasan rezeki. Juga menunjukkan
kelapangan dada yang siap menanggung kesedihan
dan fikiran serta hal-hal lain yang menunjukkan kemudahan.”

Pendapat mana saja yang kita ambil dari ketiga pendapat
di atas, yang jelas semuanya menunjukkan bahawa
orang yang berhijrah di jalan Allah akan mendapatkan janji
dari Allah berupa keluasan rezeki, baik dengan ungkapan
langsung mahupun secara tidak langsung.
Wallahualam.

Wassalam.


Sunday, January 1, 2017

PESANAN UNTUK SOLAT / AJARI DIRI BIAR HIDUP KITA BERMANFAAT KEPADA INSAN LAIN...

Pesan berpesan .. Agama itu nasihat..


Assalamualaikum..selamat pagi..good morning..bonjour  ..hihi lama blog ni mendiam diri tanpa tuannya berkata-kata melalui jari jemari yang semakin dimamah usia ni..

Apa agaknya azam kedua dua anak mama untuk tahun 2017? begitulah anak muda yang selalui dilekakan dengan pelbagai bagai kerenah kehidupan.. pagi ni mama kejutkan untuk solat subuh... hmmm penat juga dah mengejutkan saban hari. pekerjaan mengejutkan atau mengingatkan antara satu sama lain adalah dituntut..ni baru belasan tahun ..nanti berubah kepada dua puluhan.tiga puluhan begitulah sehingga usia anak anak mama ni mencapai tahap usia mama sekarang. Pesanan seorang ibu untuk anak-anak mengerjakan solat ini tidak pernah berakhir walaupun telah berumahtangga nanti ...ingatlah selalu pesanan ini ..janganlah diambil remeh urusan kita dengan Yang Maha Esa... cuba hadamkan maksud surah AlFatihah ..usaha sehingga bila kita membaca surah itu bersama maksudnya .. betapa hubungan denganNYA SANGAT ERAT ..mohon la jalan yang lurus ..

catatan untuk anakanda 

alhmdulillah untuk rezki hari ini... pelajari ilmu perniagaan sedari usia muda..biar sedikit dulu ...belajar melaluinya dengan baik ... tiada yang mudah ..senyum syukur belajar ..terus positif melalui kehidupan.. cipta hari yang indah ..jangan biarkan setiap detik berlalu tanpa memberi faedah kepada diri...sangat rugi... see you in my next post...i lov you 


amatlah rugi jika kita malas membaca.. 

Berazam jadi individu bermanfaat kepada insan lain dan masyarakat



1 Januari 2017

SEBENARNYA membina kekuatan dalaman bermula daripada keyakinan untuk mengubah diri dengan menggerakkan akal budi dan daya ke arah yang lebih baik. Dari setahun ke setahun dirasakan pantasnya masa untuk dikira. Tidak ada maknanya perubahan tahun demi tahun sedangkan keupayaan diri kita masih statik, yakni kekal di takuk lama. Mempunyai azam dan cita-cita adalah suatu perkara yang mesti ada pada diri seseorang kerana peranannya memberi motivasi dan pendorong seseorang kepada ke arah yang lebih baik. Pelajar misalnya, tentu bercita-cita mahu mencatat kecemerlangan dalam peperiksaan, guru berazam mendidik anak murid dengan terbaik, pekerja berazam meningkatkan usaha dan produktiviti kerja mereka, petani pula mahu meningkatkan hasil jualan manakala pemimpin pula berazam melaksanakan transformasi secara berkesan demi kepentingan negara dan kebahagiaan rakyat.


Untuk menjadi personaliti yang berguna dan dihormati memerlukan kepada perubahan sikap dan azam yang tinggi ke arah menghayati nilai akhlak yang dimuliakan. Salah satu aspek yang perlu diubah ialah sikap menyombong diri dengan menenggelamkan sifat ramah-tamah yang dipuji Nabi. 

Diriwayatkan dari Jabir, Rasulullah SAW bersabda, “Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (Riwayat Thabrani dan Daruquthni). Al Imam As Sayuti di dalam bukunya Al-Jami’ush Shaghir turut menyebut sebaik-baik manusia ialah siapa yang paling banyak bermanfaat bagi orang lain. Maknanya, komuniti setempat dapat merasai kehadiran individu itu dan merasai kesan positif dibawanya.

Manfaat yang paling utama yang boleh seseorang itu beri kepada seseorang yang lain bukanlah wang ringgit, harta, pakaian, makanan dan sebagainya semata-mata, bahkan amalan nasihat, ingat-mengingati dan memberi dorongan berupa motivasi juga termasuk penyumbang kepada keharmonian hidup dan kesejahteraan bermasyarakat. Daripada Abu Raqaiyyah Tamim Bin Aus Ad-Dari RA bahawa Nabi SAW bersabda “Agama itu adalah Nasihat. Kami bertanya: Untuk siapa? Sabda Nabi SAW: Untuk Allah, Kitab-KitabNya, para RasulNya, para pemerintah orang Islam dan orang awam mereka”. (Riwayat Muslim)

Secara aksiomnya manusia sebagai makhluk sosial saling memerlukan dan mereka tidak berupaya hidup secara bersendirian dengan memencilkan diri, walaupun berupaya melakukannya dalam dunia siber. Namun boleh merosakkan minda dan merencatkan pembangunan sosialisasinya.

Justeru, pola perhubungan seseorang dengan orang lain adalah untuk saling mengambil manfaat. Ada yang memberi jasa dan ada yang mendapat jasa. Penyumbang jasa akan mendapat imbalan daripada jasa dilakukannya manakala penerima budi pula akan mendapat manfaat daripada sumbangan mereka yang berjasa. Itulah pola hubungan yang lazim.

Sekurang-kurangnya ada empat alasan mengapa kita mesti menjadi individu yang boleh bermanfaat kepada orang lain. Pertama, untuk dicintai Allah dan Rasulnya yang menjadi matlamat kehidupan kita di dunia. Siapakah yang lebih baik daripada orang yang dicintai Allah?

Kedua, untuk menjadi landasan kepada individu itu dapat melakukan amal yang terbaik. Kaedah usul fiqh menyebutkan bahawa kebaikan yang amalnya dirasai oleh orang lain akan lebih menerima manfaat berkenaan. Apalagi jika spektrum sumbangannya lebih luas dan menyeluruh yakni pada peringkat keluarga, masyarakat, negeri dan negara. Sebagai contohnya kita menggali telaga tatkala musim kemarau masyarakat mengalami kesulitan untuk mendapatkan air.

Ketiganya, membuat kebaikan itu besar ganjaran pahalanya. Apatah lagi kebaikan yang dilakukan itu bertahan lama. Sebagai contoh dengan menanam pokok buah-buahan, pahalanya bukan saja diperoleh daripada manusia yang memakannya bahkan juga binatang termasuk burung yang mendapat manfaat daripadanya.
Keempat, memberi manfaat kepada orang lain tanpa ada niat tersembunyi untuk disanjung dan dipuji manusia lain melainkan kerana Allah semata-mata. Ketika orang lain menilai diri kita sebagai insan yang berjasa kepada manusia lain maka kita memohon kepada Allah untuk meredai amal perbuatan kita dan menggolongkan kita sebagai golongan hambanya yang baik-baik.

Akhlak mulia sememangnya sangat dituntut dalam Islam kerana itu Rasulullah turut mendidik umatnya supaya berakhlak mulia. Baginda menunjuk ajar dan memberikan bimbingan akhlak bukan hanya setakat teori saja bahkan Baginda sendiri melakukannya. Itulah cara pendidikan terbaik dan mendatangkan kesan mendalam. ..

sharing is caringcut and paste..sebarkan ilmu