Pesan berpesan .. Agama itu nasihat..
Assalamualaikum..selamat pagi..good morning..bonjour ..hihi lama blog ni mendiam diri tanpa tuannya berkata-kata melalui jari jemari yang semakin dimamah usia ni..
Apa agaknya azam kedua dua anak mama untuk tahun 2017? begitulah anak muda yang selalui dilekakan dengan pelbagai bagai kerenah kehidupan.. pagi ni mama kejutkan untuk solat subuh... hmmm penat juga dah mengejutkan saban hari. pekerjaan mengejutkan atau mengingatkan antara satu sama lain adalah dituntut..ni baru belasan tahun ..nanti berubah kepada dua puluhan.tiga puluhan begitulah sehingga usia anak anak mama ni mencapai tahap usia mama sekarang. Pesanan seorang ibu untuk anak-anak mengerjakan solat ini tidak pernah berakhir walaupun telah berumahtangga nanti ...ingatlah selalu pesanan ini ..janganlah diambil remeh urusan kita dengan Yang Maha Esa... cuba hadamkan maksud surah AlFatihah ..usaha sehingga bila kita membaca surah itu bersama maksudnya .. betapa hubungan denganNYA SANGAT ERAT ..mohon la jalan yang lurus ..
catatan untuk anakanda
alhmdulillah untuk rezki hari ini... pelajari ilmu perniagaan sedari usia muda..biar sedikit dulu ...belajar melaluinya dengan baik ... tiada yang mudah ..senyum syukur belajar ..terus positif melalui kehidupan.. cipta hari yang indah ..jangan biarkan setiap detik berlalu tanpa memberi faedah kepada diri...sangat rugi... see you in my next post...i lov you
↓amatlah rugi jika kita malas membaca..
Berazam jadi individu bermanfaat
kepada insan lain dan masyarakat

1 Januari 2017
SEBENARNYA membina
kekuatan dalaman bermula daripada keyakinan untuk mengubah diri dengan
menggerakkan akal budi dan daya ke arah yang lebih baik. Dari setahun ke
setahun dirasakan pantasnya masa untuk dikira. Tidak ada maknanya perubahan
tahun demi tahun sedangkan keupayaan diri kita masih statik, yakni kekal di
takuk lama. Mempunyai azam dan
cita-cita adalah suatu perkara yang mesti ada pada diri seseorang kerana
peranannya memberi motivasi dan pendorong seseorang kepada ke arah yang lebih
baik. Pelajar misalnya, tentu bercita-cita mahu mencatat kecemerlangan dalam
peperiksaan, guru berazam mendidik anak murid dengan terbaik, pekerja berazam
meningkatkan usaha dan produktiviti kerja mereka, petani pula mahu meningkatkan
hasil jualan manakala pemimpin pula berazam melaksanakan transformasi secara
berkesan demi kepentingan negara dan kebahagiaan rakyat.
Untuk menjadi personaliti yang berguna dan dihormati memerlukan kepada
perubahan sikap dan azam yang tinggi ke arah menghayati nilai akhlak yang
dimuliakan. Salah satu aspek yang perlu diubah ialah sikap menyombong diri
dengan menenggelamkan sifat ramah-tamah yang dipuji Nabi.
Diriwayatkan dari Jabir, Rasulullah SAW bersabda, “Orang beriman itu
bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah.
Dan sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.”
(Riwayat Thabrani dan Daruquthni). Al Imam As Sayuti di dalam bukunya Al-Jami’ush Shaghir turut menyebut
sebaik-baik manusia ialah siapa yang paling banyak bermanfaat bagi orang lain.
Maknanya, komuniti setempat dapat merasai kehadiran individu itu dan merasai
kesan positif dibawanya.
Manfaat yang paling utama yang boleh seseorang itu beri kepada seseorang
yang lain bukanlah wang ringgit, harta, pakaian, makanan dan sebagainya
semata-mata, bahkan amalan nasihat, ingat-mengingati dan memberi dorongan
berupa motivasi juga termasuk penyumbang kepada keharmonian hidup dan
kesejahteraan bermasyarakat. Daripada Abu Raqaiyyah Tamim Bin Aus Ad-Dari RA bahawa Nabi SAW bersabda
“Agama itu adalah Nasihat. Kami bertanya: Untuk siapa? Sabda Nabi SAW: Untuk
Allah, Kitab-KitabNya, para RasulNya, para pemerintah orang Islam dan orang
awam mereka”. (Riwayat Muslim)
Secara aksiomnya manusia sebagai makhluk sosial saling memerlukan dan
mereka tidak berupaya hidup secara bersendirian dengan memencilkan diri,
walaupun berupaya melakukannya dalam dunia siber. Namun boleh merosakkan minda
dan merencatkan pembangunan sosialisasinya.
Justeru, pola perhubungan seseorang dengan orang lain adalah untuk
saling mengambil manfaat. Ada yang memberi jasa dan ada yang mendapat jasa.
Penyumbang jasa akan mendapat imbalan daripada jasa dilakukannya manakala
penerima budi pula akan mendapat manfaat daripada sumbangan mereka yang
berjasa. Itulah pola hubungan yang lazim.
Sekurang-kurangnya ada empat alasan mengapa kita mesti menjadi individu
yang boleh bermanfaat kepada orang lain. Pertama, untuk dicintai Allah dan
Rasulnya yang menjadi matlamat kehidupan kita di dunia. Siapakah yang lebih
baik daripada orang yang dicintai Allah?
Kedua, untuk menjadi landasan kepada individu itu dapat melakukan amal
yang terbaik. Kaedah usul fiqh menyebutkan bahawa kebaikan yang amalnya dirasai
oleh orang lain akan lebih menerima manfaat berkenaan. Apalagi jika spektrum
sumbangannya lebih luas dan menyeluruh yakni pada peringkat keluarga,
masyarakat, negeri dan negara. Sebagai contohnya kita menggali telaga tatkala
musim kemarau masyarakat mengalami kesulitan untuk mendapatkan air.
Ketiganya, membuat kebaikan itu besar ganjaran pahalanya. Apatah lagi
kebaikan yang dilakukan itu bertahan lama. Sebagai contoh dengan menanam pokok
buah-buahan, pahalanya bukan saja diperoleh daripada manusia yang memakannya
bahkan juga binatang termasuk burung yang mendapat manfaat daripadanya.
Keempat, memberi manfaat kepada orang lain tanpa ada niat tersembunyi
untuk disanjung dan dipuji manusia lain melainkan kerana Allah semata-mata.
Ketika orang lain menilai diri kita sebagai insan yang berjasa kepada manusia
lain maka kita memohon kepada Allah untuk meredai amal perbuatan kita dan
menggolongkan kita sebagai golongan hambanya yang baik-baik.
Akhlak mulia sememangnya sangat dituntut dalam Islam kerana itu
Rasulullah turut mendidik umatnya supaya berakhlak mulia. Baginda menunjuk ajar
dan memberikan bimbingan akhlak bukan hanya setakat teori saja bahkan Baginda
sendiri melakukannya. Itulah cara pendidikan terbaik dan mendatangkan kesan
mendalam. ..
sharing is caringcut and paste..sebarkan ilmu